top of page
Jaundis

Jaundis (demam kuning) bayi: 

Apa yang anda perlu tahu

Jaundis bayi atau masyarakat kita mengenalinya sebagai demam kuning bayi ialah perubahan warna kekuningan pada kulit dan mata bayi yang baru lahir. Ianya berlaku kerana kandungan berlebihan bilirubin, pigmen berwarna kuning pada sel darah merah, terdapat di dalam darah bayi.

Demam kuning bayi adalah perkara normal, terutamanya kepada bayi pramatang (lahir pada minggu ke-38 dan ke bawah) dan sesetengah bayi yang menyusu badan. Ia biasanya berlaku kerana hati bayi masih belum cukup matang untuk menyingkirkan bilirubin yang terdapat di dalam darah. Walaubagaimanapun, jaundis ini juga boleh disebabkan oleh penyakit lain.

Pada kebiasaannya, rawatan untuk demam kuning bayi tidak diperlukan, dan kebanyakan kes yang memerlukan rawatan pula memberi respon yang baik kepada terapi yang tidak invasif. Walaupun komplikasi jarang berlaku, kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan otak jika tidak dirawat dengan betul dan sempurna.

 

SIMPTOM

Tanda-tanda bayi mendapat jaundis ialah apabila anda lihat kulit dan mata putih bayi menjadi kekuningan. Biasanya ini terjadi antara hari kedua dan keempat selepas lahir.

Untuk memeriksa samada bayi mendapat jaundis, tekan perlahan-lahan di dahi atau hidung bayi. Jika kulit kelihatan kuning di mana anda tekan, kemungkinan bayi anda mempunyai jaundis. Untuk bayi anda sihat, warna kulit akan kelihatan lebih cerah daripada warna kulit yang normal.

Lakukan pemeriksaan dalam keadaan pencahayaan yang baik, seelok-eloknya di siang hari.

 

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Bayi anda perlu melakukan pemeriksaan jaundis antara hari ketiga dan ketujuh selepas lahir kerana pada masa inilah tahap bilirubin selalunya memuncak. Jika anda dan bayi telah didiscaj dalam masa 72 jam selepas lahir, lakukan pemeriksaan susulan untuk jaundis 2 hari selepas discaj.

Berikut adalah tanda-tanda atau simpton yang menunjukkan demam kuning yang teruk tau komplikasi akibat bilirubin berlebihan. Anda perlu berjumpa doktor apabila:

  • warna kulit bayi menjadi semakin kuning

  • warna kulit bayi di gahagian perut, lengan atau kaki menjadi kuning

  • bahagian mata putih kelihatan kuning

  • bayi anda kelihatan lemah,tidak bermaya atau sukar untuk dikejutkan daripada tidur

  • berat bayi anda tidak bertambah atau kurang menyusu

  • bayi anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom lain yang membimbangkan anda

  • demam kuning berlarutan sehingga 3 minggu

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA JAUNDIS BAYI

Penyebab utama jaundis ini adalah bilirubin yang berlebihan (hyperbilirubinemia). Bilirubin, penyebab berlakunya warnsa kekuningan semasa demam kuning adalah pigmen normal yang dirembeskan oleh sel darah merah.

Biasanya, hati akan menapis bilirubin ini dari darah sebelum dilepaskan ke dalam saluran usus. Hati bayi yang belum matang tidak dapat membuang bilirubin dengan cukup cepat sehingga menyebabkan bilirubin berlebihan. Demam kuning bayi yang disebabkan oleh masalah ini adalah normal dan dipangggil jaundis fisiologi. Ia biasanya muncul pada hari kedua atau ketiga selepas lahir.

Penyebab utama jaundis, Bilirubin. 

PENYEBAB-PENYEBAB LAIN

Gangguan dan penyakit lain juga boleh menyebabkan demam kuning. Dalam kes-kes ini, demam kuning sering muncul lebih awal atau lebih lewat daripada jaundis fisiologi. Penyakit atau keadaan yang boleh menyebabkan demam kuning termasuk:

  • Pendarahan dalaman (hemorrhage)

  • Jangkitan di dalam darah bayi (sepsis)

  • Bakteria penyebab jangkitan sepsis. Photo: www.acphospitalist.org

  •  

  • Jangkitan bakteria atau virus lain

  • Ketidakserasian antara darah ibu dan darah bayi

  • Hati yang tidak berfungsi dengan sempurna

  • Kekurangan enzim

  • Keadaan darah merah bayi yang tidak normal

FAKTOR-FAKTOR JAUNDIS BERISIKO TERJADI

Faktor-faktor utama jaundis berisiko terjadi kepada bayi anda terutamanya jaundis yang serius yang boleh menyebabkan komplikasi termasuk:

  • Kelahiran pramatang. Bayi yang lahir sebelum minggu ke 38 mungkin tidak dapat memproses bilirubin secepat bayi normal.

  • Lebam yang ketara semasa proses kelahiran. Jika bayi anda mendapat lebam ketika lahir, dia mungkin mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi akibat dari pecahan sel darah merah yang lebih banyak.

  • Jenis darah. Jika jenis darah ibu adalah berbeza dari bayi, bayi boleh menerima antibodi melalui plasenta yang menyebabkan atau sel-sel darah bayi untuk memecah lebih cepat.

  • Penyusuan badan. Bayi yang menyusu badan, terutama mereka yang mempunyai kesukaran untuk menyusu atau mendapat nutrisi yang tidak cukup daripada penyusuan, adalah berisiko tinggi untuk mendapat demam kuning. Dehidrasi atau pengambilan kalori yang rendah boleh menyumbang kepada tercetusnya demam ini. Walaubagaimanapun, pakar-pakar perubatan masih mengesyorkan penyusuan ibu kerana manfaat-manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Adalah penting untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang mencukupi dan sentiasa terhidrat.

 

KOMPLIKASI

Tahap bilirubin yang terlalu tinggi akan menyebabkan pelbagai komplikasi jika tidak dirawat secepat mungkin.

Acute bilirubin encephalopathy

Bilirubin adalah toksik kepada sel-sel otak. Jika bayi mendapat jaundis yang teruk, terdapat risiko bilirubin ini dibawa ke bahagian otak. Dalam perubatan, ia dipanggil ‘acute bilirubin encephalopathy‘. Rawatan segera dapat mencegah kerosakan yang kekal.

Perkara-perkara berikut mungkin menunjukkan â€˜acute bilirubin encephalopathy‘ terhadap bayi yang menghidap jaundis:

  • Kelesuan dan sukar untuk bangun

  • Menangis dengan suara yang nyaring

  • Kurang menghisap atau makan

  • Badan dan leher melengkung ke belakang

  • Demam

  • Muntah-muntah

Kernicterus

‘Kernicterus‘ ialah sindrom yang berlaku jika acute bilirubin encephalopathy telah menyebabkan kerosakan kekal terhadap otak. Kernicterus boleh menyebabkan:

  • Pergerakan yang tidak terkawal (atheoid cerebral palsy)

  • Sentiasa memandang ke arah atas

  • Hilang pendengaran

  • Pembentukan enamel gigi yang tidak sempurna

Photo: www.doctorshangout.com

TINDAKAN SUSULAN SELEPAS KELAHIRAN

Tahap bilirubin berada di tahap tertinggi ketika bayi berumur antara 3 ke 7 hari. Adalah penting untuk doktor memeriksa bayi dalam tempoh ini.

Jika bayi anda menghidap demam kuning, doktor akan menilai tahap demam kuning tersebut berdasarkan beberapa faktor:

  • Berapa banyak kandungan bilirubin di dalam darah

  • Jika bayi anda lahir pramatang

  • Keadaan penyusuan

  • Umur bayi anda

  • Samada bayi anda mendapat lebam-lebam semasa lahir

  • Samada terdapat adik-beradik bayi yang mendapat jaundis yang teruk

LAWATAN SUSULAN

Berdasarkan faktor-faktor ini, doktor anda akan mencadangkan beberapa lawatan susulan.

Bersedia lebih awal dengan jawapan untuk soalan-soalan ini ketika temujanji.

  • Bagaimana bayi anda menyusu?

  • Adakah menyusu badan atau minum susu formula?

  • Berapa kerap ia menyusu?

  • Berapa kerap kencing dan berak?

  • Adakah bayi anda mudah untuk bangun ketika hendak menyusu?

  • Adakah bayi anda kelihatan sakit atau lemah?

  • Adakah anda perasan apa-apa perubahan pada warna kulit atau mata bayi?

  • Jika bayi anda mendapat jaundis, adakah warna kekuningan telah merebak ke bahagian badan yang lain selain dari muka?

  • Adakah suhu badan bayi anda stabil?

Anda juga boleh menyediakan soalan-soalan yang akan ditanya kepada doktor anda semasa lawatan susulan termasuk:

  • Tahap demam kuning bayi anda

  • Jenis pemeriksaan yang bayi anda perlukan

  • Adakah rawatan diperlukan segera?

  • Adakah bayi anda perlu dimasukkan ke dalam wad?

  • Bila perlu anda buat lawatan susulan

  • Maklumat lain mengenai jaundis dan penyusuan yang betul

  • Bolehkah anda teruskan cara penyusuan sekarang?

UJIAN DAN DIAGNOSIS

Doktor anda mungkin membuat dianosis jaundis berdasarkan warna kulit bayi anda. Namun begitu, doktor anda juga perlu menilai tahap bilirubin di dalam darah bayi. Tahap bilirubin ini akan menentukan cara rawatan yang diperlukan.

Ujian-ujian untuk menentukan jaundis termasuk:

  • Ujian fizikal

  • Ujian makmal ke atas sampel darah bayi

  • Ujian kulit dengan menggunakan sejenis alat dipanggil ‘transcutaneous bilirubinometer‘. Alat ini akan mengukur pantulan cahaya khas yang melalui kulit bayi

  • Doktor anda mungkin akan mengarah melakukan ujian darah tambahan atau ujian urin jika terdapat bukti yang menunjukkan bahawa jaundis bayi disebabkan oleh penyakit lain.

 

bottom of page